fb fb fb fb fb

Pengambilan ubat ketika Ramadan, pesakit disaran rujuk doktor

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Pesakit disaran berbincang bersama doktor atau ahli farmasi bagi pengambilan ubat sepanjang Ramadan ini.

Itu saranan Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Nadiatul Nabilah Sani kepada pesakit yang perlu mengambil ubat mengikut jadual ditetapkan.

Pesakit boleh mendapatkan panduan daripada ahli farmasi, jika terdapat kekeliruan dalam merancang pengambilan ubat sepanjang Ramadan.

"Ubat yang tidak membatalkan puasa antaranya ialah ubat titis mata, ubat titis hidung, dan ubat titis telinga, ubat tablet sublingual yang diletakkan di bawah lidah.

"Selain itu, terdapat juga ubat jenis suntikan, sama ada suntikan melalui kulit, otot, sendi, atau salur darah, yang tidak membatalkan puasa.

"Seterusnya, ubat sapuan seperti krim, salap, dan plaster juga tidak membatalkan puasa kerana hanya digunakan pada permukaan kulit.

"Selain itu, ubat semburan hidung juga tidak membatalkan puasa," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM