fb fb fb fb fb

Penetapan tarif elektrik baharu penting, demi kelangsungan tenaga negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Penetapan tarif elektrik baharu langkah starategik. Ia bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal untuk tempoh jangka masa panjang.

Pandangan itu disuarakan Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi dan Pengurusan Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Norashida Othman.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan bersama pihak berkepentingan perlu mencari satu kaedah terbaik bagi melindungi pengguna dosmetik yang berpendapatan rendah untuk berhadapan dengan peningkat kos bahan api.

"Dalam masa yang sama kerajaan juga perlu menyediakan ruang fiskal utk membiayai pelaburan penting dalam insfrastuktur. Ini termasuklah naik taraf writ dan penyediaan sistem sokongan bagi tenaga boleh di perbaharui seperti tenaga solar. Kita boleh lihat dengan kos tenaga elektrik semakin tinggi. Ini adalah satu peluang utk kita mula beralih kepada tenaga boleh baharu," katanya.

Dalam masa sama agensi terlibat termasuk Unit Perancangan Ekonomi, Suruhanjaya Tenaga dan Bank Negara Malaysia perlu memantau secara berterusan kesan ke atas perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah dan juga komuniti perusahaan kecil dan sederhana

"Hasil pemantauan ini perlu digunakan sebagai pengukur untuk kerajaan melaksanakan dasar sesuai. Sebagai contoh bantuan yang perlu diberikan dari segi bantuan tunai atau rebat tarif atau kempen kesedaran penggunaan tenaga, yang sememangnya kita tahu telah dan sedia ada dilaksanakan. Jadi mungkin penambahbaikan perlu dijalankan," menurutnya ketika dihubungi RTM.

SITI NOORAIN ABDULLAH