PORT DICKSON, 21 Jun - Lebih 500 pegawai dan anggota polis Negeri Sembilan siap siaga bagi menghadapi Mesyuarat Kepengerusian ASEAN yang dijadual berlangsung pada 9 dan 10 September depan di Port Dickson.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata ke arah itu pihaknya bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Aktiviti Eksesais Perisai Bandar 1 Bridget Tahun 2025 di Kem Sunggala.
"Kesiapsiagaan meliputi pelbagai aspek termasuk mengawal keselamatan serta lalu lintas bagi menghadapi pelbagai program serta mesyuarat sepanjang persidangan ASEAN di negeri ini," katanya.
Beliau menyatakannya pada Majlis Penutup Aktiviti Eksesais Perisai Bandar 1 Bridget 2025 di Kem Sunggala, Rejimen Kedua Kor Armor Diraja di sini.
Eksesais yang berlangsung selama tiga itu melibatkan 10 pegawai dan 179 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan PDRM serta 18 pegawai dan 258 anggota tentera darat.