fb fb fb fb fb

Penetapan harga MHIT: Faktor umur jadi penentu

Penyelidik Bersekutu Kanan, Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, Dr Haniza Khalid

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Faktor umur pengguna perlu diambilkira dalam penetapan semula harga produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Penyelidik Bersekutu Kanan, Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, Dr Haniza Khalid, kesan kenaikan secara ketara akan dirasai oleh warga emas, terutama yang mempunyai pendapatan terhad.

"Harga premium dinaikkan tapi harga polisi masih sama iaitu polisi jumlah manfaat sama, hak tuntutan tahunan sama, malah risiko kesihatan pelanggan juga tidak berubah yang berubah hanya premium.

"Pelanggan merasakan terperangkap dalam polisi tersebut sebab kalau mereka mahu mencari polisi atau pelan baru dengan manfaat sama, harga premium tiada lagi yang murah, ini lebih perit untuk golongan warga emas," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, Bank Negara Malaysia (BNM) masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.

Bank pusat menggesa penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) supaya menyemak semula strategi penentuan harga bagi memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE