fb fb fb fb fb

Penerbangan terus Kuala Lumpur - Paris bermula Mac 2025

Laluan penerbangan baharu diumum Datuk Kapten Izham Ismail (tengah) pada sidang media di Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Fair 2024.-FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 6 September - Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) umum penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, bermula 22 Mac 2025.

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) ,Datuk Kapten Izham Ismail berkata, perkembangan tersebut penting dalam usaha pengembangan syarikat penerbangan itu ke Eropah.

''Ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media, di Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Fair 2024.

Trainee2