PUTRAJAYA, 15 Mei- Kerajaan lulus perkhidmatan penerbangan sewa khas bagi menarik kedatangan pelancong ke Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata ia selaras dengan dasar kerajaan sebagai pemudah cara dalam sektor pelancongan.
"Ia selaras dengan dasar kita. Tindakan yang boleh melancarkan urusan menarik minat pelancong ke Malaysia.
Apa sahaja tindakan yang sesuai itu, harus kita beri pertimbangan," kata semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MOTAC, di sini.
Hadir sama pada majlis tersebut, Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing, Timbalan Menteri, Khairul Firdaus Akbar Khan serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Datuk Seri Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang mencatatkan lonjakan 4.38 juta pelancong dari luar negara ke Malaysia pada suku tahun pertama 2023.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MOTAC)