fb fb fb fb fb

Penemuan mayat reput di Kuala Langat, identiti dikenal pasti

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Januari- Polis berjaya mengenal pasti identiti mayat yang ditemukan dalam keadaan reput di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat pada Sabtu lalu.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan hari ini oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu telah dikenal pasti sebagai Yap Xin Yuan.

"Pihak polis telah memaklumkan keputusan itu kepada keluarga mangsa dan mereka akan menerima mayat tersebut petang ini," kata Datuk Hussein dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau turut memaklumkan siasatan diteruskan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Yap Xin Yuan dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM