fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sarawak meningkat setakat 8 malam

Foto Fail BERNAMA

KUCHING, 20 Januari - Penduduk terjejas banjir di Sarawak terus meningkat kepada 461 orang daripada 147 keluarga setakat lapan malam ini, berbanding 456 orang daripada 147 keluarga, empat petang tadi.

Menerusi Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, peningkatan melibatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Perpaduan di Debak, Betong yang menempatkan 248 penduduk dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu.

Manakala penduduk terjejas di PPS Rumah Steven di Tatau, Bintulu dan Dewan Millenia di Debak, Betong kekal masing-masing 55 orang dan 141 orang.

Sementara jumlah penduduk terjejas di PPS Balai Raya Kampung Assyakirin Bintulu berkurang kepada 17 orang berbanding 27 orang empat petang tadi.

GRACE AISYAH KEDAYAN