fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Merbok bertambah

Penduduk terjejas ditempatkan di PPS di Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok

MERBOK, 21 Ogos- Sebuah keluarga lagi ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4.00 petang tadi berikutan banjir dan air pasang besar di sini.

Ia menjadikan kira-kira 22 keluarga melibatkan 84 penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS di Dewan Kampung Sungai Pial.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten Pertahanan Awam Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, kesemua penduduk terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Kampung Sungai Pial, di sini.
 
"Maklumat penduduk terjejas dan maklumat kejadian masih dikumpulkan. Penduduk terjejas diharapkan membuat laporan polis serta segera ke PPS sekiranya keadaan bertambah buruk berlaku," kata Amirul Asyraf.
 
Dalam kejadian itu, banjir dan air pasang besar yang berlaku menyebabkan kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.5 meter dan menjejaskan lebih 20 buah kediaman di kawasan berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI