fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kedah meningkat kepada 3,800

Keadaan banjir di Kedah

ALOR SETAR, 19 September – Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Kedah terus meningkat kepada 3,800 orang dari 1,089 keluarga, dengan 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, memaklumkan bahawa situasi banjir terus dipantau secara rapi.

Daerah Kota Setar menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan seramai 1,265 orang kini ditempatkan di lapan (8) PPS, termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas, SMK Alor Merah, Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, SK Taman Aman, SMK Convent, SK Sri Gunung, SK Gunung, dan SMK Simpang Kuala.

Sementara itu, Kubang Pasu menyaksikan seramai 952 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS, manakala di Pokok Sena, seramai 826 orang ditempatkan di empat PPS.

Tiga PPS di Kulim menempatkan 86 orang, Pendang pula mencatatkan 433 mangsa, dan di Kuala Muda, seramai 131 orang ditempatkan di PPS.

Satu PPS di Bandar Baharu menempatkan 107 mangsa.

Pihak berkuasa terus mengingatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan untuk berpindah jika diperlukan.

GRACE AISYAH KEDAYAN