ARGENTINA, 10 Jun - Ribuan penduduk Argentina membanjiri ibu negara berkenaan bagi membantah kos sara hidup yang meningkat.
Kumpulan terbabit mahu bantuan lebih besar disalur kerajaan susulan kenaikan inflasi yang naik hampir 60 peratus.
Demonstrasi dianjur gabungan 25 pertubuhan sosial yang dinamakan sebagai Unit Piquetera.
(Anggota pertubuhan sosial berarak untuk membantah langkah sosial ekonomi kerjaan Presiden Argentina Alberto Fernandez di sini)
Ia dimulakan dengan perarakan dari bahagian utara, selatan dan barat Buenos Aires sebelum berkumpul di tengah-tengah bandaraya terbabit.
Mereka kemudian menjadikan bangunan Kementerian Pembangunan Sosial sebagai lokasi berhimpun.
Berdasarkan statistik semasa kadar kemiskinan di Argentina naik kepada 37 peratus.
Sepanjang Januari hingga April beberapa harga barang utama naik mendadak akibat inflasi. - AFP