fb fb fb fb fb

Pendidikan, akses peluang pekerjaan kepada bekas banduan selepas dibebaskan

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Ibrisam Abdul Rahman merasmikan Program Seminar Koreksional Pembentukan Diri Resilien 2023 di Dewan Wawasan di Penjara Seremban

SEREMBAN, 21 November- Institut Pengajian Tinggi (IPT) dialu-alukan untuk bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dengan menawarkan peluang kedua kepada banduan bagi mendapatkan peluang pendidikan.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata, peluang pendidikan itu dapat meningkatkan kebolehpasaran banduan untuk mengakses pelbagai peluang pekerjaan selain ke arah membina masa depan berjaya selepas dibebaskan.

"Kalau sudah dibebaskan, bekas banduan juga sudah menjadi orang awam jadi mereka bebas untuk memohon apa jua pekerjaan dan kita harapkan mereka diberi peluang sewajarnya,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Seminar Koreksional Pembentukan Diri Resilien 2023 di Dewan Wawasan di Penjara Seremban.

Tambahnya, setakat ini jabatan berkenaan telah menjalankan kerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE