fb fb fb fb fb

Pencarum LTAT mohon pengeluaran khas bermula 10 Oktober

(FB Hishammuddin Hussein)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini boleh memohon pengeluaran khas berjumlah sehingga RM500 secara sekali keluar.

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pengeluaran itu sebagai insentif membantu menangani beban kewangan para pencarum LTAT.

"Permohonan boleh dilbuat menerusi aplikasi MyWira mulai 10 Oktober hingga 10 Disember 2022. Pengeluaran Khas itu akan dilaksana bermula 19 hingga 23 Disember 2022," kata Hishammuddin ketika melancarkan program Kibar Jalur Gemilang bersempena sambutan Bulan Kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan di sini.

Dalam majlis sama, Yayasan LTAT turut menerima RM2 juta daripada lima syarikat sebagai dana tambahan bersempena sambutan Hari Pahlawan.

Antara yang memberikan sumbangan ialah syarikat Dhaya Maju Infrastucture Asia Sdn Bhd , Affin Bank Berhad dan Pharmaniaga Berhad.

Turut diadakan adalah Sambutan Jubli Emas Lembaga Tabung Angkatan Tentera,
LTAT yang ke-50.

(Datuk Seri Hishammuddin ketika melancarkan kibar Jalur Gemilang sempena sambutan
Bulan Kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan)

Media Baharu