fb fb fb fb fb

Pemuda UMNO hantar surat bantahan kutuk tindakan rejim Zionis

KUALA LUMPUR, 7 April - Surat bantahan akan dihantar secara rasmi kepada Kementerian Luar untuk menyatakan pendirian mengutuk sekerasnya tindakan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan sokongan penuh akan terus diberi kepada rakyat Palestin dalam usaha membebaskan negara itu daripada terus dijajah.

Beliau menjelaskan Malaysia kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara.

(Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh)

"Dan juga menggesa seluruh negara Islam untuk bersatu padu menentang keganasan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis kepada saudara kita di Palestin. Sudah-sudahlah rejim Zionis menyakiti saudara kita di Palestin. Ini isyarat yang jelas mereka ini perlu dihalang dengan secepat mungkin kerana kalau tidak dihalang makin menjadi-jadi. Kita rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri melihat saudara-saudara kita dizalimi," kata beliau kepada pemberita selepas Himpunan Solidariti Bersama Palestin, di sini hari ini.

Tambahnya, himpunan solidariti sedemikian akan dilancarkan oleh pergerakan pemuda UMNO bahagian secara berperingkat di seluruh negeri.

Pada himpunan itu, bendera Israel turut dibakar sebagai simbolik menentang kekejaman rejim Zionis.

Media Baharu