fb fb fb fb fb

Pemimpin disaran erat hubungan dengan rakyat

AYER KEROH, 23 April- Pemimpin masyarakat disaran menggunakan peluang Aidilfitri ini bagi mengeratkan hubungan dengan masyarakat bawah pimpinan mereka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia dapat dilakukan melalui program rumah terbuka yang dianjurkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dengan inisiatif itu beliau yakin, masyarakat bukan sahaja dapat mengenali pemimpin mereka malah berpeluang untuk beramah mesra antara satu sama lain.

"Sebenarnya Hari Raya Aidilfitri ini meraikan kemeriahan Syawal bersama pimpinan dan rakyat.

"Rakyat pula dapat melihat pemimpinnya dan berkenalan antara satu dengan lain jadi ketika ini silaturrahim boleh dijalinkan dengan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilftir ini supaya suasana dapat dirasai bersama antara rakyat dan pemimpin."

Dalam pada itu, Ab Rauf turut menjemput seluruh rakyat Melaka untuk hadir ke rumah terbuka kerajaan negeri yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 29 April ini bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

(Ab Rauf Yusoh)

Media Baharu