fb fb fb fb fb

Pemilihan jawatan KEADILAN akan disegerakan

Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

IPOH, 27 Oktober- Pemilihan bagi jawatan- jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan disegerakan.

Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik parti semalam berikutan penangguhan tidak diperlukan kerana tarikh jangkaan untuk Pilihan Raya Umum ke-16 masih jauh.

"Parti ini (KEADILAN) perlu melihat keperluan untuk membina generasi dalam kalangan angkatan muda. Golongan wanita juga mesti diberikan lebih ruang, termasuk anak-anak muda di peringkat cabang.

"Oleh itu, kita harus mempertimbangkan kemungkinan untuk menyegerakan pemilihan parti, tetapi tidak lagi dengan cara lama yang penuh hiruk-pikuk dan kekacauan. Proses ini perlu mengikut peraturan yang lebih teliti dan teratur," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen KEADILAN Perak di sini.

Tambah beliau, mesyuarat semalam turut memutuskan bahawa kerjasama dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu diteruskan dan diperkuatkan terutama di Semenanjung.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM