KUALA LUMPUR, 10 Mei- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai satu kehilangan yang besar buat negara.
Menerusi Facebook rasminya, Ahmad Zahid berkata beliau mengenali mendiang sebagai seorang tokoh yang disegani dan disayangi.
Dalam pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof melalui kenyataanya turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mendiang.
Katanya, mendiang merupakan pemimpin yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara dan Sarawak.
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri itu turut menzahirkan takziah dan berharap agar keluarga mendiang terus tabah menghadapi ujian itu.