fb fb fb fb fb

Pemergian mengejutkan, Allahyarham Ahmad Azza disifatkan rapat dengan keluarga

Kakak sulung Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, Nur Azza Assyaqiren Azhar

BIDOR, 17 Mei- Hantaran di media sosial mengenai kematian hampir setiap hari sejak dua minggu lalu oleh Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, seakan petanda dia akan pergi buat selamanya.

Perkara itu dikongsi kakak sulung Allahyarham, Nur Azza Assyaqiren Azhar.

Menyifatkan anak keempat daripada lapan beradik itu seorang yang peramah dan tidak pernah berkira, Nur Azza berkata, kejadian itu nyata mengejutkan keluarga.
 
"Kalau kita fikir cara orang buat, cara dia meninggal itu rasa sedih, kenapa buat begitu, sedangkan dia tak ganggu orang, dia jenis 'video call' keluarga hari-hari ada whatssap group keluarga hari-hari, dia voice call, tak kisah nak angkat ke tak, dia akan bertanya akan bercerita mengenai apa dia buat, kerja dia. Selalu dia yang suka buat lawak-lawak dalam group bagi kata-kata semangat", kata kakak sulung arwah, Nur Azza Assyaqiren Azhar.

"Masuk-masuk makcik menangis, makcik cakap abang dah tiada, saya terkejut, saya tak percaya sebab abg kata nak balik", kata adik arwah, Nur Azza Assyufia Azhar.

Jenazah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor esok.

Dalam kejadian awal pagi tadi, tiga orang maut termasuk dua anggota polis manakala seorang lagi cedera selepas balai Polis Ulu Tiram diceroboh individu bertopeng.

Selain Konstabel Ahmad Azza, seorang lagi anggota yang terbunuh adalah Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.

ROSLINA BINTI DIN