fb fb fb fb fb

Pembiayaan projek di sekolah oleh pihak swasta perlu dikemuka ke JPN

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Sebarang cadangan pembiayaan projek pembangunan pembaikan sekolah oleh pihak swasta perlu dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, hal ini bagi tujuan penelitian sebelum dimajukan ke peringkat Kementerian.

Ia selaras Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 tahun 2018: Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan Daripada Sektor Swasta dan Bukan Swasta Kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat menghargai dan mengalu-alukan sumbangan pihak swasta dalam melaksanakan pembangunan, pembaikan dan menaik taraf infrastuktur sekolah.

"Pematuhan kepada garis panduan dan prosedur adalah perlu bagi memastikan setiap projek yang disumbangkan oleh pihak swasta adalah selamat serta sesuai dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah," katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu perancangan untuk membenarkan pihak swasta melaksanakan pembangunan serta baik pulih infrastruktur sekolah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE