fb fb fb fb fb

Pembersihan sisa tumpahan minyak dijadual selesai Sabtu depan

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menurunkan tandatangan simbolik merasmikan Karnival Alam Sekitar 2024 yang bertemakan "Bersama Membina Masa Depan Lestari" di Taman Tasik Titiwangsa/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Kerja-kerja pembersihan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, Johor yang bermula pagi semalam dijadual selesai sepenuhnya Sabtu depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fasa satu kerja-kerja pembersihan dilakukan kontraktor dilantik di kawasan terjejas.

"Fasa 1 pengumpulan sisa sampah berminyak 95% siap, fasa 2 penyempurnaan kawasan berbatu iaitu rocky area dan pembersihan batu kerikil 20% yang telah siap.

"Kita juga terima hari ini ada minyak di Pulau Cik Kamat dan ia telah dikemukakan kepada kontraktor untuk kerja pembersihan, juga dibuat di sana dan tapi kita akan mulakan dahulu dengan pihak penilaian", katanya selepas merasmikan Karnival Alam Kita (Setiawangsa) di Taman Tasik Titiwangsa.

Beliau turut memaklumkan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggerakkan aset untuk memantau perairan Pengerang hingga ke Abu Bakar Maritime Base dan setakat ini tiada tompokan minyak dikesan di kawasan terbabit.

ROSLINA BINTI DIN