fb fb fb fb fb

Pembangunan semula KL Sentral, berkonsepkan moden dan canggih

FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Pembangunan semula KL Sentral yang merupakan hab pengangkutan awam utama negara dijangka akan bermula akhir tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata setakat ini, perbincangan antara pemaju keseluruhan projek iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) masih dijalankan bagi memastikan reka bentuk baharu projek pembangunan semula itu bercirikan moden dan canggih.

"Sekarang ini, di KL Sentral mengalami satu isu yang besar iaitu kesesakan trafik yang teruk terutamanya untuk penumpang-penumpang ETS. Jadi, ia akan diberi perancangan semula termasuk reka bentuk dan keseluruhan kawasan itu akan dibangunkan semula."

"Reka bentuk itu adalah berdasarkan pelan pada 30 tahun dahulu. Walaupun ada pelan utama, mungkin mereka yang terlibat tidak menjangkakan pertumbuhan yang begitu cepat.Pembangunan di ibu negara sangat pesat. Kerajaan melihat ada keperluan untuk dibangunkan semula serta memberi nilai tambah di KL Sentral itu," kata Anthony kepada pemberita selepas merasmikan Menara RAC di Brickfields, di ibu negara.

Jemaah menteri sebelum ini bersetuju secara prinsip dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membangunkan semula KL Sentral.

KL Sentral merupakan hab penting negara kerana terdapat pelbagai mod pengangkutan yang digunakan rakyat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM