Pembangunan, perolehan GGK menerusi RMK-13 perlu diberi keutamaan

Foto RTM

MERSING, 20 Ogos – Setiap rancangan pembangunan dan perolehan bagi Gerup Gerak Khas (GGK) menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) perlu diberi keutamaan dan perhatian serius bagi memastikan keupayaan pasukan itu terus diperkasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perolehan berdasarkan keupayaan, kualiti, keberkesanan operasi dan nilai terbaik serta ambil kira teknologi terkini dan keperluan jangka panjang.
  • Pucuk kepimpinan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat bertanggungjawab memastikan perolehan dan pembangunan dipatuhi.
  • Keperluan ketenteraan mesti berada pada tahap terbaik dan disesuaikan dengan tuntutan operasi semasa serta cabaran keselamatan masa depan.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, setiap proses perolehan perlu berasaskan keupayaan, kualiti, keberkesanan operasi dan nilai terbaik, selain mengambil kira teknologi terkini serta keperluan jangka panjang.

“Justeru, saya ingin mengingatkan kepada pucuk kepimpinan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bahawa ini adalah tanggungjawab anda semua.

“Saya menggesa kepada pihak kerajaan supaya segala proses pembangunan dan perolehan mestilah berasaskan keupayaan, kualiti, keberkesanan operasi dan nilai terbaik kepada Rejimen Gerak Khas,” titah baginda pada Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-61 di Kem Iskandar, di sini, hari ini.

Titah baginda, landskap keselamatan ketika ini semakin kompleks dan sukar diramal berikutan perubahan geopolitik di rantau Indo-Pasifik, perkembangan di Laut China Selatan, kemunculan ancaman moden serta persaingan kuasa-kuasa besar.

Sehubungan itu, baginda menegaskan semua keperluan ketenteraan perlu berada pada tahap terbaik dan bersesuaian dengan tuntutan operasi semasa serta cabaran keselamatan pada masa hadapan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.