fb fb fb fb fb

Pembakaran terbuka, pemantauan dan rondaan berkala dipergiat

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

PUTRAJAYA, 16 Mei- Pemantauan dan rondaan berkala akan dipergiat terutama di kawasan tumpuan berisiko kebakaran terbuka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara kaedah pemantauan termasuklah tinjauan udara serta melakukan kolaborasi bersama agensi terlibat dan komuniti setempat.

Tambahnya, agensi-agensi tindak balas juga perlu berada pada mod siap siaga dengan persediaan logistik bagi menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran terbuka.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 1 Tahun 2023 di Putrajaya/BERNAMA)

"Kami telah mengenalpasti 406 lokasi utama yang dijangka berlaku kebakaran terbuka. Ini disebabkan kawasan itu bertanah gambut.

"Kita telah melihat dan memantau daripada 406 lokasi itu, sebanyak 616 operasi pemantauan 24 jam di kawasan yang selalu berlaku kebakaran iaitu kategori kawasan kebun dan ladang, kawasan hutan, belukar.

"Kita telah mempunyai 101 tube well di kawasan gambut, dimana kita lakukan penyedutan air untuk memadam kebakaran selain kereta bomba dan penyelamat, mungkin lokasi kebakaran agak jauh, jadi air tidak dapat digunakan. Jadi tube well ini kita akan gunakan, itu langkah proaktif kita lakukan", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di Putrajaya.

Media Baharu