KUALA LUMPUR, 23 November-Pembaharuan dasar ekonomi MADANI termasuk penyasaran subsidi akan dipastikan tidak menyusahkan rakyat.
Bagi disesuaikan dengan keadaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa inisiatif bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dilaksana.
Ini termasuk Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, Dasar Gaji Progresif dan Dasar Gaji Minimum.
"Kita akui sejak zaman Merdeka sehingga sekarang tidak pernah tidak ada inflasi.
"Walaupun mengalami kenaikan kecil, harga minyak, tepung, minyak mentah, kesemuanya masih rendah berbanding negara jiran", katanya demikian pada sesi dialog awam Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di ibu negara.
Sementara itu, Anwar turut memaklumkan, kadar bantuan kepada rakyat meningkat sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan MADANI.
Ini termasuk Sumbangan Tunai Rahmah selain bantuan sekolah dan kesihatan.
"Kalau dilihat tahun-tahun sebelum ini, daripada segi bantuan kepada rakyat itu, peningkatan (tahun ini) adalah sangat tinggi yang belum pernah dilakukan dilihat.
"Daripada segi angka, baik STR, bantuan untuk orang miskin, orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yang bersekolah. ini antara bantuan yang meningkat secara pantas yang belum tercatat sebelum ini", katanya.
Jelasnya lagi, dalam soal kebajikan rakyat, perbezaan fahaman politik diketepikan.
Rundingan mengenainya sentiasa dilakukan bersama negeri ditadbir pembangkang.