fb fb fb fb fb

Pemantauan harga SHMKM, RM15,300 kompaun dikeluarkan KPDNHEP Pahang


KUANTAN, 29 Januari- Sebanyak RM15,300 kompaun dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bermula 1 Januari lalu.

Ia membabitkan 76 kesalahan antaranya gagal meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal, menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum dan gagal meletakkan tanda harga jualan barangan.

KPDNHEP Pahang menerusi kenyataannya memaklumkan, sejak pelaksanaan SHMKM, sebanyak 7,247 premis telah diperiksa melibatkan 108 pemborong dan seribu 516 peruncit.

Turut dilaksanakan, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2022 berkuat kuasa hari ini sehingga 4 Februari sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan bekalan dalam pasaran tidak terjejas.

KPDNHEP Pahang turut mengingatkan peniaga agar mematuhi peraturan di bawah skim tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Media Baharu