fb fb fb fb fb

Pemansuhan UPSR dan PT3 muktamad, bagi lahirkan modal insan serba boleh

(Datuk Mohamad Alamin ditemui media selepas Majlis Penutupan Program Pegawai Integriti Bertauliah
(CEIO) Siri 31 anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Putrajaya) 

PUTRAJAYA, 9 Ogos - Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) adalah muktamad.

Rayuan segelintir ibu bapa agar keputusan itu ditarik balik tidak dipertimbang bagi memastikan modal insan serba boleh dapat dilahirkan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin, pendekatan inklusif diambil pihaknya bagi melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang bukan hanya akademik semata-mata.

" Jadi kita tidak akan melahirkan modal insan yang berdasarkan hanya berorientasikan peperiksaan semata-semata, itu tujuan utamanya, jadi percayalah Insya-Allah kita akan membantu negara untuk melahirkan modal insan yang lebih berkebolehan bukan saja bidang akademik tapi juga bidang-bidang lain, Insya-Allah kita sudah bersedia bagaimana untuk menggantikan sistem penilaian walaupun sudah dihapuskan kita sudah bersedia menggantikan sistem penilaian kita," kata beliau ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) Siri 31 anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.


(Foto fail)

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Radzi Jidin memaklumkan pemansuhan UPSR dan Pentaksiran PT3 dalam sistem pendidikan negara dibuat bagi memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Jelasnya, pelaksanaan PBS bukan perkara yang baharu kerana sudah bermula sejak tahun 2011.

Media Baharu