fb fb fb fb fb

Pemandu pelancong maut ditimpa batu

Foto Hiasan

IPOH, 9 April-Seorang pemandu pelancong maut selepas ditimpa batu di kawasan perkampungan riadah dan budaya Qing Xing Ling Taman Saikat, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.30 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian lelaki berusia 44 tahun itu sedang membawa pelancong dari Vietnam ke Ipoh.

"Semasa di lokasi, satu bongkah batu telah terjatuh dan mengenai kepala mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan oleh pakar forensik perubatan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mendapati punca kematian akibat kecederaan kepala akibat ditimpa batu," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada badan mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM