fb fb fb fb fb

Pemandu maut langgar tiang elektrik di Tumpat

FOTO BOMBA

TUMPAT, 30 Mei- Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar satu tiang elektrik di Kota Kubang Labu, di sini, Kelantan, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Lizan Abu Bakar bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) sebaik menerima panggilan sekitar pukul 3.03 pagi.

Bomba berjaya mengeluarkan mangsa, 25, yang tersepit menggunakan peralatan ‘hydraulic cutter’, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi itu ditamatkan pada pukul 4.18 pagi.

SITI AISHAH MD ISA