fb fb fb fb fb

Pemandu lori ditahan, pandu lawan arus di Kajang

Tangkap layar video rakaman tular di media sosial memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence sehingga menghalang laluan kenderaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Seorang pemandu lori ditahan polis kerana disyaki memandu secara merbahaya dan melulu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata, berikutan satu video rakaman tular di media sosial memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence sehingga menghalang laluan kenderaan.

Bertindak atas video tular tersebut, Unit Risikan dan Operasi dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang membuat tangkapan atas seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000, untuk kesalahan pertama.

Naazron turut menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang dan menghormati pengguna jalan raya lain.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE