fb fb fb fb fb

Pemancing ikan liar maut dihempap pokok

FOTO JBPM PAHANG

KUANTAN, 4 Ogos- Seorang lelaki meninggal dunia manakala rakannya cedera dihempap pokok ketika memancing di Sungai Kechau, Lipis, Pahang.

Difahamkan, mangsa yang berusia 54 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, lima lagi rakannya selamat.

Seramai 11 anggota Balai Bomba Penyelamat Kuala Lipis ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.47 pagi.

Operasi menyelamat mangsa menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda milik orang awam bersama dua pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE