Pemain industri sertai SITEV, perluas pasaran ke Afrika Utara

Lee Thai Hung

KUALA LUMPUR, 4 Mei Malaysia terus memperluas pasaran pelancongan ke Afrika Utara dengan pemain industri tempatan menyertai International Tourism and Travel Exhibition (SITEV) 2026 di Algeria.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sesi padanan perniagaan antara pemain industri Malaysia dan Algeria untuk kenal pasti permintaan, minat dan kecenderungan pelancong.
  • Penyediaan Geran Padanan Penerbangan Sewa (GSPC) bagi menyokong laluan terus ke Malaysia.
  • Kempen pemasaran dalam talian dan luar talian, penampilan seni budaya dan penganjuran lawatan pengenalan ke Malaysia.
  • Penyertaan Hotel Seri Pacific mencerminkan kerjasama strategik dengan Youneed Travel serta kemungkinan misi jualan langsung ke Algeria jika sambutan positif.

Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Lee Thai Hung berkata, penyertaan itu turut melibatkan sesi padanan perniagaan antara pemain industri Malaysia dan Algeria bagi mengenal pasti permintaan, minat serta kecenderungan pelancong di pasaran berkenaan.

“Kita melaksanakan promosi bersama pemain industri serta menyediakan Geran Padanan Penerbangan Sewa (GSPC) bagi menyokong laluan terus ke Malaysia.

“Usaha ini turut merangkumi kempen dalam talian dan luar talian, termasuk penampilan seni budaya serta penganjuran familiarisation trip ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pembangunan Pasaran dan Majlis Menandatangani Kerjasama antara Hotel Seri Pasifik dan Youneed Travel & Tours di ibu negara.

Selain itu, inisiatif berkenaan turut melibatkan program lawatan pengenalan ke Malaysia serta kempen pemasaran bagi meningkatkan pendedahan destinasi dalam kalangan pelancong antarabangsa.

Penyertaan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dalam ekspo tersebut turut mencerminkan komitmen sektor perhotelan negara dalam memperluas jangkauan antarabangsa, termasuk melalui kerjasama strategik dengan Youneed Travel bagi membangunkan pakej pelancongan khas.

Sekiranya mendapat sambutan positif, Malaysia tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan misi jualan secara langsung ke Algeria pada masa hadapan, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai destinasi pilihan di pasaran baharu.