fb fb fb fb fb

Pemain industri pembinaan disaran menerapkan teknologi digital

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Pemain industri pembinaan disaran untuk menerapkan teknologi digital seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI), Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) serta amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tata Kelola (ESG) secara meluas dalam pengurusan projek.

Ini bagi memperkasa pendigitalan industri pembinaan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, langkah itu juga bagi memastikan sektor pembuatan tempatan kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Harus diingat, dinamik industri pembinaan akan terus berkembang dan cabaran yang menanti pastinya akan lebih hebat. 

“Usaha berterusan ke arah pendigitalan industri pembinaan secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan industri ini kepada pekerja asing berkemahiran rendah dan seterusnya menutup jurang produktiviti untuk kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa”, katanya.

Datuk Seri Fadillah berucap dalam Majlis Jamuan Makan Malam Ulang Tahun ke- 70 Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM).

ROSLINA BINTI DIN