fb fb fb fb fb

Peluang menang hadiah wang tunai sehingga RM70,000 pada Hari Bertemu Pelanggan PTPTN

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Pelbagai tawaran istimewa menanti peminjam pada Kempen Jom Bayar PTPTN yang dilancarkan bersempena Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Diskaun bayaran balik hingga 15 peratus dan bayaran pendahuluan tunggakan serendah RM300 untuk penstrukturan semula pinjaman (PTPTN) antara yang ditawarkan pada kempen ini.

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, PTPTN turut menganjurkan Cabutan Jom Bayar PTPTN yang menawarkan hadiah wang tunai hingga RM70,000 kepada 140 pemenang yang bermula 1 Disember hingga 31 Disember ini.

Tambahan beliau, setiap negeri juga menawarkan 10 hadiah menarik dengan syarat penyertaan peminjam hanya perlu membuat bayaran minimum RM300.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi PTPTN akan terus mendukung hasrat kerajaan untuk memastikan kelestarian pendidikan tinggi di mana sebanyak 3.92 juta pemohon telah mendapat kelulusan pinjaman melibatkan keseluruhan peruntukan RM70.91 bilion setakat 30 Oktober tahun ini.

Hari Mesra Pelanggan PTPTN disambut secara serentak di semua pejabat PTPTN negeri dan cawangan seluruh negara bermula hari ini hingga 31 Disember 2023.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE