Pelarasan kuota BUDI95 langkah realistik – Pakar

FOTO HIASAN / BERNAMA

JOHOR BAHRU, 28 Mac – Pelarasan kuota petrol bersubsidi BUDI MADANI RON95 daripada 300 liter kepada 200 liter oleh kerajaan dilihat sebagai langkah realistik dalam mendepani ketidaktentuan harga minyak global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah penyelarasan bertujuan memastikan pengurusan kewangan negara kekal mampan menghadapi ketidaktentuan harga minyak.
  • Kerajaan meneruskan subsidi bagi menunjukkan komitmen menjaga kebajikan rakyat dan mengekalkan kestabilan ekonomi.
  • Ini bukan penghapusan subsidi tetapi penyelarasan lebih bersasar untuk keberkesanan peruntukan.
  • Awam disarankan berjimat bahan api: merancang perjalanan, kongsi kenderaan, penyelenggaraan berkala dan sokong bekerja dari rumah.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Kolej Universiti Selatan, D. Suthan berkata, pelarasan itu penting bagi memastikan pengurusan kewangan negara kekal mampan.

Menurut beliau, tindakan kerajaan meneruskan pemberian subsidi juga membuktikan komitmen dalam menjaga kebajikan rakyat serta mengekalkan kestabilan ekonomi.

“Dalam keadaan harga minyak global yang tidak menentu, kerajaan perlu memastikan pengurusan kewangan negara kekal mampan. Ini bukan penghapusan subsidi, tetapi penyelarasan yang lebih bersasar,” katanya.

Beliau turut menyarankan orang ramai mengamalkan langkah penjimatan seperti merancang perjalanan, berkongsi kenderaan serta melakukan penyelenggaraan berkala bagi mengurangkan penggunaan bahan api.

Selain itu, beliau menyokong pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) yang dilihat mampu membantu mengurangkan penggunaan petrol serta kesesakan lalu lintas.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Kolej Universiti Selatan, D. Suthan