fb fb fb fb fb

Pelarasan gaji menuntut tanggungjawab tinggi - KSN

Shamsul Azri Abu Bakar

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri hari ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan tertinggi terhadap jentera perkhidmatan awam di negara ini.

Namun jelas beliau ia perlu dipikul dengan tanggungjawab tinggi bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan terus dipertingkat.

"Penghormatan dan pengiktirafan tertinggi ini datang dengan pengorbanan daripada penjawat awam.

"Kita perlu memenuhi jangkaan orang awam. Tiada yang percuma, segala-galanya mesti berdasarkan prestasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Shamsul turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengiktirafan terhadap keseluruhan jentera kerajaan, serta menghargai pengorbanan penjawat awam dalam memberikan khidmat terbaik.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA