fb fb fb fb fb

Pelantikan pengerusi baharu Perbadanan Labuan belum dimuktamadkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Beaufort. Datuk Siti Aminah Aching di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Pelantikan pengerusi baharu Perbadanan Labuan masih belum dimuktamadkan, pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, ketika ini kerajaan sedang meneliti calon yang benar-benar berkelayakan dan mampu memacu pembangunan wilayah itu.

Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Beaufort. Datuk Siti Aminah Aching di Dewan Rakyat hari ini, beliau menjelaskan, proses pelantikan tidak dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan calon yang dilantik mampu membawa nilai tambah kepada pentadbiran dan pembangunan sosial ekonomi Labuan.

"Saya kira kita tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat keputusan kerana soal pelantikan ini bukan hanya untuk mengisi kekosongan sedia ada tetapi yang lebih penting adalah kita melihat kepada bagaimana mungkin pengerusi tersebut dapat menambah atau memberi nilai tambah kepada pembangunan Labuan," katanya.

Datuk Seri Dr. Zaliha turut menegaskan, faktor geografi atau asal-usul calon bukanlah halangan untuk pelantikan tersebut, malah kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan calon dari Sabah dalam struktur lain seperti ahli lembaga pengarah atau majlis nasihat Perbadanan Labuan.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI