fb fb fb fb fb

Pelantikan Menteri Sumber Manusia baharu, kesinambungan Kerajaan Perpaduan

Menteri Sumber Manusia bersama timbalannya di pejabat menteri selepas mengimbas kad perakam waktu, simbolik memulakan tugas secara rasmi di Putrajaya/BERNAMA

PUTRAJAYA, 13 Disember- Pelantikan Menteri Sumber Manusia yang baharu, Steven Sim Chee Keong dilihat sebagai kesinambungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata ia merupakan peralihan kuasa dalam kerajaan sama dan sebarang penambahbaikan akan dilakukan sekiranya perlu. 

Fokus utamanya adalah untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia tanpa mengira peringkat, kaum dan agama, selain akan menstruktur semula ekonomi yang memfokus kepada pembangunan kemahiran, pembangunan kebajikan pekerja dan produktiviti secara amnya.

"Saya hendak tekankan bahawa ini merupakan peralihan dalam kerajaan yang sama. Justeru kita menekankan kepada kesinambungan kerana kita melihat kepada apa-apa yang telah dilakukan. Kalau perlu tambah baik kita akan tambah baik", katanya kepada media selepas memulakan tugas rasminya di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.

Steven Sim dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia yang baru menggantikan V Sivakumar. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam sebelum ini ialah Timbalan Menteri Kewangan II.

Turut memulakan tugas rasmi ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Datuk Abdul Rahman Mohamad merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya sebelum ini.

Pelantikan mereka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

ROSLINA BINTI DIN