Pelancaran pelan tindakan, pelan induk JS-SEZ ditangguh

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pelancaran pelan induk dan pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Ekonomi mengeluarkan kenyataan mengenai pelan induk dan pelan tindakan Zon Ekonomi Khas JS-SEZ.
  • Pelancaran pada asalnya dijadualkan 30 Mac di Johor Bahru.
  • Pemakluman dibuat susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Ekonomi dalam kenyataan hari ini, memaklumkan, pelancaran itu sepatutnya dijadualkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.

“Pemakluman ini dibuat susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini,” menurut kenyataan itu.