Pelaksanaan PADU, IPR diteruskan, bantu tingkat pendapatan rakyat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Mac– Beberapa agenda strategik yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini diteruskan pelaksanaanya, selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

RINGKASAN BERITA AI
  • Integrasi data PADU memperkukuh ekonomi berasaskan data dan menyokong perancangan serta dasar pembangunan berinformasi.
  • IPR diteruskan untuk mengupayakan golongan B40, menjana pendapatan tambahan mampan serta menangani kos sara hidup dan pekerjaan.
  • Projek IPR INTAN dikembangkan, sasar penambahan 600 peserta dan peluasan pelaksanaan ke kawasan baharu termasuk TKPM dan ZIA.
  • Pelan Tindakan KL20: 5,005 syarikat didaftarkan melalui MyStartup Single Window, lebih 54,000 penerima menerima manfaat.

Ini termasuk integrasi data nasional PADU, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) serta Pelan Tindakan KL20.

Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah berkata, langkah ini bertujuan memperkukuhkan ekonomi berteraskan data, meningkatkan pendapatan rakyat secara terangkum serta mempercepat pembangunan ekonomi baharu yang berintensifkan inovasi.

“Bagi inisiatif pendapatan rakyat ipr program ini diteruskan dilaksanakan untuk mengupayakan golongan b40 miskin dan miskin tegar menjana pendapatan tambahan secara mampan serta membantu menangani isu kos sara hidup, peluang pekerjaan dan keterjaminan makanan sehingga disember 2025 seramai 6,988 isi rumah telah menyertai ipr dengan 40% menjana pendapatan melebihi 2000 ringgit sebulan sebanyak 47 projek ipr intan sedang dilaksanakan melibatkan hampir 1700 peserta dengan jumlah jualan hasil terkumpul sehingga januari 2026 dianggarkan 22 juta serta pendapatan purata sekitar rm 1,850 sebulan”, beliau menjawab soalan Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong pada persidangan Dewan Negara di Dewan Negara.

Katanya lagi, kementerian sedang mempertimbang pelaksanaan projek baharu IPR INTAN dengan sasaran penambahan 600 peserta, selain memperluaskan projek sedia ada ke kawasan baharu.

Termasuk Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) serta Zon Industri Akuakultur (ZIA).

Selain itu, bagi Pelan Tindakan KL20 pula , setakat ini sebanyak 5,005 syarikat pemula berjaya didaftarkan melalui platform MyStartup Single Window.

Manakala lebih 54,000 penerima telah mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif bawah pelan tersebut.