
PUTRAJAYA, 17 Mac – Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) yang dicadangkan untuk sektor awam tidak melibatkan petugas barisan hadapan.
- Kabinet telah meneliti laporan awal mengenai cadangan pelaksanaan BDR.
- Beberapa penambahbaikan perlu dibuat sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat MTEN selepas Hari Raya Aidilfitri.
- Keutamaan akan diberikan kepada sektor yang tidak kritikal.
- Sektor dikecualikan termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan penguatkuasaan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kabinet telah meneliti laporan awal berhubung cadangan itu.
Beberapa penambahbaikan perlu dibuat sebelum ia dibentangkan semula pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) seterusnya selepas Hari Raya Aidilfitri.
” Keutamaan akan diberikan kepada sektor yang tidak kritikal. Perdana Menteri meminta agar laporan itu dibentangkan secara lebih komprehensif pada mesyuarat MTEN seterusnya.”
Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat kabinet di sini, hari ini.
Setakat ini, sektor yang dikenal pasti dikecualikan daripada BDR antaranya penjagaan kesihatan, pendidikan dan penguatkuasaan.