fb fb fb fb fb

Pelajar tingkatan enam maut langgar lembu tengah jalan

FOTO POLIS KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 2 Februari- Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu di Kilometer 11.5 Jalan Sungai Sayung-Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora memaklumkan, pada kejadian pukul 10.10 malam itu, mangsa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara mengalami cedera parah, dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah FELDA Bukit Ramun  menuju ke Bandar Tenggara, sebelum melanggar seekor lembu yang berada di tengah-tengah jalan.

Siasatan awal mendapati lokasi kemalangan jalan lurus dua hala, berada dalam keadaan kering, namun tidak mempunyai lampu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE