KUALA LUMPUR, 29 April- Pelajar berusia antara 8 hingga 15 tahun dipelawa menjalani Ujian Saringan 'Program Murid Pintar dan Berbakat'.
Setiausaha Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Normas Awang berkata pelajar yang lulus ujian saringan UKM1 dan UKM2, layak menyertai 'Program Pengayaan Cuti Sekolah' berasaskan Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Kolej PERMATA Pintar adalah merupakan satu institusi yang menyediakan satu pendidikan yang komprehensif dan mencabar khusus untuk anak-anak pintar dan berbakat yang telah melepasi ujian tertentu."
"Anak-anak pintar dan berbakat ini sebenarnya mempunyai tahap kecerdasan IQ 130 dan ke atas," kata Dr Normas kepada pemberita selepas ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Program tersebut dilaksanakan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak pada masa akan datang.
Pendaftaran ujian boleh dilakukan di sekolah masing-masing atau menerusi laman web http://ukm1.permatapintar.ukm.my.