fb fb fb fb fb

Pelaburan sokong NETR, bukti keyakinan pelabur terhadap dasar kerajaan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Malaysia mengalu-alukan minat ditunjukkan pelabur antarabangsa untuk terlibat sama dalam pelaksanaan dasar kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook berkata, keyakinan pelabur itu mencerminkan asas kukuh kerajaan MADANI dalam melaksana dasar yang menyokong rakyat dan perniagaan.

"Pertemuan kami hari ini membincangkan mengenai sokongan teknologi dan pengetahuan yang boleh dibawa oleh peneraju industri seperti CNTY dan CLW, khususnya terkait dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR)," katanya.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat daripada pengerusi China Silk Road Group, Dr. Yan Lijin, diiringi pengerusi China Tianying (CNTY), Yan Shengjun, dan pengerusi Chengli Special Automobile Ltd, Cheng Aluo di Putrajaya.

CNTY merupakan syarikat teknologi dan perkhidmatan alam sekitar senaraian awam terkemuka China.

Sementara itu CLW pula adalah pengeluar kenderaan khas terbesar di dunia dengan lebih daripada 2,200 produk melibatkan pelbagai industri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI