fb fb fb fb fb

Pelaburan Microsoft serlah Malaysia sebagai Hab Pelaburan Digital- MIDA

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella pada Rabu

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Daya tarikan Malaysia sebagai Hab Pelaburan Digital terserlah apabila Microsoft Corporation berminat untuk melaksanakan pelaburan berterusan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata, pelaburan berterusan itu menyokong kesediaan Malaysia untuk muncul sebagai pusat teknologi utama.

Melalui satu kenyataan, beliau turut menyatakan pelaburan berkenaan sekali gus menarik minat perusahaan teknologi utama.

MIDA katanya akan terus bekerjasama dengan Microsoft bagi memupuk inovasi dalam syarikat pemula niaga, mencipta pekerjaan dan memanfaatkan kuasa transformatif kecerdasan buatan (AI) untuk kebaikan masyarakat Malaysia.

Baru-baru ini, Microsoft mengumumkan penambahan pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion dalam infrastruktur awan dan AI bagi tempoh empat tahun akan datang.

Ini merupakan pelaburan terbesar Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE