SEBERANG JAYA, 31 Julai - Pembukaan kilang baharu hasil pelaburan syarikat asing dan tempatan di Pulau Pinang mencipta ribuan peluang pekerjaan dan memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat khususnya peniaga dan kontraktor.
"Pertambahan penduduk di kawasan sekitar ini memberi peluang perniagaan untuk kami, pelanggan bertambah dan secara tidak langsung boleh menawarkan banyak peluang peniagaan", kata seorang peniaga, Shamsul Munir Safini
"Customer dari kilang memang bertambah, ada juga tempah makanan di kilang, bersyukur pelaburan masuk ke Pulau Pinang, kami peniaga amat bersyukur sebab kami tidak cukup tangan untuk layan customer", kata seorang lagi peniaga, Johan Abu Bakar.
" Boleh dapat peluang untuk kontraktor kecil seperti saya ini boleh la buat kerja", kata Kamarudin Ibrahim, seorang kontraktor elektrik.
Sebelum ini, RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan diluluskan di bawah pimpinan kerajaan Madani.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan di media sosial.
Jumlah itu melibatkan 11 pengilang yang telah memulakan operasi di seluruh negara.