
SRI AMAN, 9 Februari- Seorang lelaki warganegara Myanmar yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Lingga Isnin lepas ditemukan lemas pagi tadi.
Mayat Thein Wai Maung, 35 tahun dijumpai pada pukul 7 pagi di kawasan Tanah Perkuburan Islam Lama Hulu Lingga iaitu pada jarak 5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Mangsa merupakan pekerja binaan bagi projek pembinaan Jambatan Sungai Lingga-Sebuyau.
Semasa kejadian, mangsa dilaporkan sedang membuat kerja-kerja pembinaan di atas kapal di tapak projek dan dilaporkan terjatuh ke Sungai Lingga serta dihanyutkan arus deras.
Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pekerja binaan hilang sejak Isnin ditemukan lemas
powered by social2s