fb fb fb fb fb

Peka tanda awal fenomena kepala air

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling ketika menjalankan aktiviti riadah di kawasan berisiko berlaku fenomena kepala air.

Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Dr. Frankie Marcus Ata berkata ini berikutan fenomena itu tidak boleh dijangka.

(Dr. Frankie Marcus Ata)

Beliau bagaimanapun berkata, tanda-tanda awal masih boleh dikesan.

Antaranya, perubahan cuaca, selain air sungai yang meningkat secara tiba-tiba dan pokok tumbang di sekitar hutan atau jeram.

"Orang ramai dinasihati agar sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah di kawasan berisiko kepala air serta mencari tempat selamat sekiranya terperangkap.

"Fenomena kepala air ini bukan isu baharu, jadi apabila terperangkap dengan kepala air jangan panik sebab bila panik keputusan yang akan kita buat selepas itu di luar kawalan," katanya dalam rancangan terbitan RTM.

Media Baharu