fb fb fb fb fb

PEDi beri pendedahan kemahiran digital kepada usahawan

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching meninjau aktiviti komuniti setempat semasa melawat PEDi Kampung Sentul Patah/BERNAMA)

MARANG,14 Januari- Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) memberi pendedahan kemahiran digital, terutama kepada usahawan kecil dan komuniti setempat.

Ia sekaligus dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan terlibat menerusi pelbagai latihan yang disediakan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Ning Ching berkata selain berfungsi mendidik dan mengajar tentang asas komputer, PEDi juga memberi pendedahan berkenaan perniagaan e-dagang.

Pelbagai kursus dan latihan disediakan bagi membantu mereka yang memerlukan seperti mempromosikan produk dalam talian. 


(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Ning Ching)

"Saya rasa ini selaras dengan hala tuju dan hasrat KKD untuk mempromosikan ekonomi digital supaya lebih banyak orang menggunakan platform perniagaan dalam talian supaya lebih ramai orang boleh mengetahui produk produk yang cukup istimewa di kampung-kampung yang mungkin di kawasan pedalaman dan perkampungan", katanya ditemui kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital di Kampung Sentol Marang.

Teo berkata terdapat 911 PEDi yang beroperasi di seluruh negara setakat ini dan lawatan beliau merupakan yang pertama ke pusat itu untuk lebih memahami fungsi dan peranan PEDi dalam komuniti setempat.

Beliau turut memberitahu, terdapat empat PEDi di negeri tersebut terjejas dalam kejadian banjir baru baru ini.

Ia melibatkan PEDI Felda Tenang dan Gong Kepas di daerah Besut, PEDi Kampung Chapu di Hulu Terengganu dan PEDI Kampung Langkap di Setiu.

Media Baharu