Pecah amanah wang milik PPK, penolong akauntan berdepan hukuman penjara

Pecah amanah wang milik PPK, penolong akauntan berdepan hukuman penjara.

KANGAR, 27 Februari – Seorang penolong akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM416,503 milik sebuah
Pertubuhan Peladang Kawasan, PPK di Perlis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertuduhan melibatkan pecah amanah wang RM416,503 milik Pertubuhan Peladang Kawasan di Perlis.
  • Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, boleh dihukum penjara hingga 20 tahun, sebatan dan denda.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
  • Syarat tambahan: lapor diri bulanan di SPRM Perlis dan serahkan pasport serta pas sempadan.

Pengakuan dibuat di hadapan Hakim, Datuk Nua’man Mahmud Zuhudi.

Tertuduh, Rohaliza Roais, 37 tahun, didakwa secara tidak jujur menggunakan wang terimaan milik PPK, antara tahun 2020 hingga 2024, dengan melanggar prosedur sistem merekod penerimaan tunai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, serta sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan 10 ribu ringgit dengan seorang penjamin.

Tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Perlis setiap bulan, dan menyerahkan pasport serta pas sempadannya.

Kes akan disebut semula 31 Mac nanti.