
KOTA BHARU, 6 April – Persatuan Bas Pantai Timur (PEBAT) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi diesel kepada industri bas persiaran susulan kenaikan kos bahan api.
- Tanpa subsidi, kos operasi meningkat akibat kenaikan harga diesel dan alat ganti, memberi risiko kepada pengusaha.
- Subsidi penting sebagai mekanisme kawal harga tambang supaya tetap kompetitif dalam situasi ekonomi semasa.
- Banyak perjalanan dibatalkan selepas pengusaha umum kenaikan tambang untuk menampung kos diesel.
- PEBAT bersedia berbincang dengan kerajaan dan akan mematuhi syarat bagi kebaikan industri bas persiaran.
Timbalan Presiden PEBAT, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat berkata, tanpa subsidi berkenaan, kos operasi akan melonjak akibat kenaikan harga diesel serta alat
ganti dan mampu memberi risiko kepada pengusaha.
Jelasnya, ia juga amat penting sebagai mekanisme kawalan harga tambang agai kekal kompetitf dalam situasi ekonomi semasa.
“Perjalanan banyak dibatalkan apabila kita maklumkan kenaikan untuk menampung kos diesel”, katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata sebelum ini Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia telah menghantar surat kepada kementerian berkaitan untuk memaklumkan perkara tersebut.
PEBAT turut bersedia mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan pihak kerajaan berhubung perkara ini dan akan mematuhi syarat yang diberikan bagi kebaikan industri bas persiaran di negara ini.